Selasa, 18 Ogos 2009

BENARKAH NIK AZIZ EKSTREM????
Ahli akademik mengenai PAS, Dr Ibrahim Abu Bakar berkata banyak kenyataan NIK AZIZ sebenarnya dibuat bagi menakut-nakutkan masyarakat sebagai startegi politik bagi meraih sokongan terhadap PAS.
Berdasarkan kenyataan terbaru NIK AZIZ sudah berada pada tahap ekstrem serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij, yang mengikut sejarah kaum Khawarij adalah penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang puak Muawiyah tetapi tidak menerima majlis tahkim.
Adakah negera kita perlu kepada pemimpin yang bersifat ekstrem terhadap parti dan puak mereka dan menganggap puak mereka sahaja yang betul, benar, cerdik dan semua yang baik-baik ada pada mereka dan semua yang ada tidak mengikut puak mereka akan dianggap bodoh dan berdosa..